CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, December 15, 2009

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

(a) Pendidikan Prasekolah

* Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;


(b) Pendidikan Rendah

* Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh tahun;

* Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;


(c) Pendidikan Menengah

* Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;

* Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :-

1. sekolah akademik

2. sekolah teknik dan vokasional

3. sekolah kebangsaan agama


(d) Pendidikan Lepas Menengah

* Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi.


Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-

* Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.

* Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

Read More..

Friday, May 15, 2009

Hari Guru 2009

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


Read More..

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Read More..

Saturday, May 9, 2009

JUARA MSSDKT

Kami berjaya menjadi juara olahraga MSSDKT 2009..segala penat jerit kami rasanya terbayar dengan kejayaan yang tak seberapa ini.


Read More..

Geng2 skBe

Bersama kwn2 time hari guru peringkat dearah 2008 di felda bukit easter.....


Read More..

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI)

Pengenalan

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.


Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Peranan BBT dalam PPSMI

Peranan BBT telah bermula sejak 2002 sebaik sahaja kabinet memutuskan dasar PPSMI dilaksanakan mulai tahun 2003. BBT berperanan dalam menguruskan penghasilan dan pembekalan Pakej Buku Teks dan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Beberapa perubahan telah dilakukan oleh BBT yang melibatkan komponen bagi Pakej Buku Teks Sains dan Matematik dengan tujuan membantu guru dan murid dalam menjayakan program PPSMI ini.

Antaranya, Pakej Buku Teks Mathematics Year 1 merangkumi komponen Buku Teks, Buku Latihan dan Aktiviti, CD-ROM untuk murid (MyCD), CD-ROM untuk guru dan Buku Panduan Guru.

Semua komponen ini diterbitkan dalam dua jilid (Part 1 dan Part 2) bertujuan mengatasi masalah beg berat.

Pada tahun pertama (2003) pelaksanaan PPSMI, pakej buku teks tambahan telah dibekalkan kepada semua sekolah.

Pembekalan pakej buku teks tambahan ini adalah secara one off dan di bawah pengurusan SPBT sekolah. Pakej buku teks tambahan ini boleh dipinjamkan kepada murid untuk rujukan mereka dan juga bagi tujuan guru melaksanakan P & P Matematik di dalam bilik darjah.

BBT turut menguruskan penghasilan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Penghasilan buku glosari ini adalah sebahagian daripada Program Intervensi PPSMI yang dimulakan pada tahun 2005.

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk PPSMI

Buku teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah secara berpakej. Penulisan pakej buku teks ini adalah berdasarkan keperluan dan hasrat yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sains dan Matematik masing-masing.

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik terdiri daripada beberapa komponen bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (p&p) di sekolah.

Fungsi setiap komponen secara umumnya adalah seperti berikut:

i) Buku Teks (Textbook)

Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

ii) Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book)

Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

iii) Buku Panduan Guru (Teacher's Guide)

Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.

iv) MyCD (Pupil's CD-ROM)

MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.

v) CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM)

CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.

vi) Buku Amali Sains (Science Practical Book)

Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.

Buku Glosari

Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat. Selanjutnya »

Senarai Pakej Buku Teks Yang Dibekalkan oleh BBT

Senarai judul Pakej Buku Teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah berserta komponennya adalah seperti pada lampiran di bawah :
• Sekolah rendah
• Sekolah menengah




Read More..

PPSMI

Ppsmi vs ppsmbm
Selamat Hari Ahad.Tika ini cuaca di Tronoh amat panas.Tanda tanda hujan turun masih belum kelihatan, tapi aku pasti hujan akan membasahi bumi Tronoh petang ini.Jadi gimana ya aku mahu mulakan tajuk di atas?Aku pun tidak boleh lama lama menulis di sini kerna banyak kerja yang perlu diuruskan. Di sini aku hanya ingin menyampaikan pendapat/pengalaman aku berkenaan isu panas ini.



PPSMI atau nama panjangnya Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris.Dimulakan pada 19 Julai 2002.Sila ke sini untuk memahami apa itu PPSMI dengan lebih lanjut.

Tahun itu aku masih di tingkatan empat.Cuma pelaksanaannya bermula pada 2003 tidak silap aku.Aku berasa lega kerna tidak perlu melalui PPSMI.Bukan apa,aku waktu itu masih lagi terkial kial dengan Matematik Tambahan (Add Math) yang diajar dlm Bahasa Malaysia,cuba bayangkan jikalau ia diajar dalam Bahasa Inggeris?Mau pocah kopalo den ! Ui tak sanggup ese. Itu belum Fizik dan Kimia.

Tapi kelegaan gua terhenti apabila gua mula belajar di Kolej Matrikulasi.Semua pelajaran di ajar dalam Inggeris (tak silap gua Pendidikan Islam pun dalam Inggeris!). Gua jadi cuak sedikit waktu tu. Bayangkan banyak istilah-istilah aneh yang gua dengar dalam kuliah.Cuma pensyarah Matematik 1 gua dia baik. 70% sesi syarahannya dalam Bahasa Malaysia.Sedikit lega di situ.Tapi bila Tuan Pengarah datang, diajar dalam Bahasa Inggeris (itupun setelah kow-tim dengan kitorang ) .Subjek Fizik(Physics) dan Kimia (Chemistry) pun terkial kial juga. Buku-buku Fizik dan Kimia sudah tidak enak untuk dibaca lagi. Sudahnya gua cuma ambik tau apa yang bakal di soal dalam exam untuk mengejar pointer yang tinggi.Tiada lagi perasaan belajar untuk memahami dan menguasai subjek-subjek tersebut.Peratusan pemindahan ilmu antara pensyarah dan pelajar gua rasa kurang lancar, sudahnya buat konklusi sendiri apabila tak paham walaupun puas diterangkan oleh pensyarah dan rakan rakan(faktor ponteng pun diambil kira.Hehe).Gua rasa masa depan macam gelap waktu itu.Timbul sesal di hati.Nasib baik result final exam gempak.

Keadaan ini berterusan pabila gua belajar di sebuah universiti swasta milik sebuah syarikat minyak di Perak.Istilah istilah di peringkat universiti lagi mengancam,tambahan pula banyak pensyarah gua datang dari bahagian Asia Selatan.Berbelit-belit telinga gua dalam kelas.Keluar kelas pening.Mujurlah di sini banyak sumber-sumber untuk menguasai bahasa Inggeris. Cuma gua mula agak lambat.Menyesal lagi.Rakan rakan serumah gua pun ramai yang menguasai Bahasa Inggeris.Gua alami kejutan budaya sebenarnya di sini. Di sini tahap penguasaan Bahasa Inggeris rakan rakan gua agak tinggi (atau mendalam?) dari segi nahu dan tatabahasa serta perbendaharaan kata. Memang tokojut la den maso tu,melopong ajo bilo tengok sekor sekor speaking cam haram. 0_0 . Gua memang cemburu dengan mereka.Bingung pun ada.Hasil dari pengamatan gua,sebilangan mereka ini memang menguasai Bahasa Inggeris sejak kecil lagi.Walaupun bapak gua guru Bahasa Inggeris sekolah menengah (siap tanda kertas SPM lagi tuu...) , tapi kami bertutur dalam loghat nogoghi di rumah .Emak gua yang berdarah Jawa pun dah hilang bahasa Jawanya.(kato oghang ghombau (Rembau)!Cumo sokarang ni ese kurang cakap nogoghi.).Di daerah ini,telor Minangkabau/Nogoghi memang dituturkan oleh sesiapa sahaja di sini. Bapa gua memang ada paksa anak anaknya baca koran / suratkhabar dalam bahasa inggeris (NST,The Star) . Tapi dek kerna pengaruh bahasa lokal lagi kuat,efeknya cukup untuk gua paham belajar English sahaja.Jadi bila sudah di semester akhir,baru la gua terhegeh hegeh mahu menguasai Bahasa Inggeris .

Setelah menghadiri APCC(Asian Pacific Children Convention.Sila klik SINI untuk pautan ke APCC) di Fukuoka, Jepun,gua nampak dengan lebih banyak pentingnya bahasa inggeris ini. Gua sempat bergaul dengan rakan rakan dari Australia, New Zealand, India, Singapura, Bangladesh, Sri Lanka, Korea, Hong Kong dan beberapa buah negara Asia Pasifik ketika itu. Kami berlabon sesama kami dalam bahasa inggeris. Selalunya, gua tidak berapa paham/jelas/lambat paham apa yang disampaikan oleh rakan rakan ku di sana.Jadinya gua sedikit senyap dalam perbualan (tak outspoken katanya)Kalau nak paham,kena mintak mereka ulang semula.Lawak lawak yang disampaikan gua gelak juga walaupun kadang kadang tak paham.Lawaknya tak sampai.Kalau tak dapat jawab soalan soalan mereka,kadang kadang gua sengih.Gua rasa memang tak syok sket time tu.Sesi berlabon sudah tidak menjadi enak dan sedap.Sedikit kosong di situ.Ah monyosal den!


Semalam, ramai orang di ibu negara berhimpun menyuarakan suara supaya PPSMI dihapuskan dan diajar kembali dalam Bahasa Malaysia.Kenapa mengapa mereka bertindak begitu gua taknak huraikan.Orang lain sudah ulas.


1. PPSMI bagi gua amat berguna untuk anak anak masa kini.Jikalau tak nak jadi macam gua seperti kisah2 diatas, belajar lah dalam Bahasa Inggeris. Gua rasa anak anak sekarang beruntung didedahkan lebih awal lagi. Masa di universiti pun nanti senang nak paham.Transfer of knowledge akan jadi lebih efficient.Sesuai dengan status bahasa antarabangsanya, ia akan memudahkan anak anak Malaysia untuk memahami bangsa bangsa dari negara/benua lain. Pemindahan ilmu/teknologi/apa apa sahaja akan menjadi lebih bagus.Kita tidak akan berasa kekok lagi pabila berdiskusi bersama mereka dalam apa apa bidang. Mereka ini berfungsi sebagai penyebar ilmu kepada anak anak Malaysia yang lain. Mereka dapat menterjemahkan ilmu ilmu ini kepada Bahasa Malaysia.Anak anak Malaysia akan menjadi lebih bijak dengan ilmu ilmu ini.Anak anak malaysia dengan mudahnya akan dapat menguasai juga bahasa bahasa lain.

2. Tapi cuba lihat negara Indonesia, amatlah berbeza dengan negara kita.Bahasa Indonesia digunakan dengan meluas di sana, tidak kira engkau orang Minang, Jawa, Cina , India, atau Batak. Perbezaan antara kaum kaum di Indonesia kurang ketara , susah untuk membezakan antara orang Cina dan orang Jawa, antara Minang dan Batak,kerna bahasa yang digunakan sama. Cuma mungkin secara fizikal kita dapat membezakan mereka antara satu sama lain.Ini cuma pendapat peribadi gua berdasarkan pemerhatian kasar setelah bergabung dalam beberapa forum maya di negara jiran ini (contoh: Kaskus) . Sebagai contoh, mereka selalunya akan menterjemahkan fakta fakta (tentang apa apa sahaja) yang biasanya dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Indonesia sebelum di kongsi bersama dalam forum maya tersebut.Kalau di lihat pula di halaman utama Wikipedia bahasa Indonesia (Pautan), tertulis di situ -->Saat ini ada 100.706 artikel dengan 92.424 pengguna terdaftar. Bagaimana dengan Wikipedia bahasa Melayu (ke Malaysia?) , tertulis --> Kini, kami mempunyai 35,830 buah rencana.
Nah! Sungguh jauh perbedaanya bukan?Kenapa ia jadi sebegitu? Penterjemahan buku buku ilmiah di Malaysia masih perlahan,adakah kerana kerenah birokrasi ? Entah lah. gua pun tiada jawapan nya.Sesuatu harus dilakukan nampaknya?

----> Klik pautan untuk melihat pandangan/komentar dari encik Lucius Maximus (padat + ringkas)

(wow panjang gila gua mengarut)

P/S: Entri ini sedikit meleret gua rasa, pertama kali menulis ulasan sebegini.Sedikit tergantung pun ada rasanya.Comment and Critic please.


Read More..

Perubahan dalam dunia pendidikan

Pengenalan
Dalam kepesatan pembangunan Negara, Pemimpin dan rakyat yang maju dan saintifik adalah hasrat utama pembangunan modal insan yang harmorni. Masyarakat yang maju dan saintifik sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik dan tidak ketinggalan dalam segala aspek perubahan globalisasi.

1. Kemajuan pula bererti berubah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Fikiran dan cara masyarakat yang lebih terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif yang dikehendaki.
Di Malaysia agen perubahan utama ialah pendidikan. Pendidikan dan latihan merupakan wahana terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau `world class? akan menentukan kejayaan perubahan insan.( Mohd Najib,1997 ). Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan kerana setiap ilmu dan penemuan akan berubah ke arah penambah baikan setiap masa. Masa dan pelbagai faktor lain menuntut perubahan dalam pendidikan. Perubahan ialah salah satu fakta yang wujud dalam pendidikan. Ada pelbagai faktor luaran dan dalaman yang mendesak dan menekan untuk melakukan perubahan khususnya dalam pendidikan di Malaysia.
Perkara yang pasti akan berlaku untuk setiap organisasi adalah perubahan. Carnall ( 1991 ) Perubahan adalah satu keperluan dan setiap organisasi pasti akan menghadapinya, mahu atau tidak mahu. Perubahan adalah agenda khas dalam pengurusan di alaf baru. Perubahan terpaksa dilakukan kerana wujudnya globalisasi, negara tanpa sempadan, peningkatan teknologi komputer dan internet di hujung jari dan persaingan antara kelompok atau negara semakin meningkat. Pihak yang ingin membuat perubahan secara langsung akan berhadapan dengan pelbagai rintangan . Perubahan yang ingin dilakukan melibatkan pelbagai implikasi positif, implikasi negatif yang dijangka dan tidak dapat diramalkan. Sekiranya perubahan yang ingin dilakukan tidak telus, penolakan dan sabotaj akan terjadi. Pengurusan yang berjaya perlu memahami setiap fungsi organisasi dan melihat bagaimana ianya akan berubah dan kesan sampingan daripada perubahan tersebut. Perancangan perubahan pula melibatkan rekabentuk, operasi, penggunaan teknologi dan pengurusan organisasi itu sendiri.


Definisi
1. Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan ataupun status yang stabil kepada satu pola kelakuan dan status stabil yang lain. Ini bermakna perubahan tidak dapat dielakkan apabila sudah tiba masanya (Carzo dan Yanouzas)
2. Tekanan ialah satu keadaan atau situasi dalaman atau persekitaran yang memerlukan penyesuaian ke atas organisasi. Sebarang bentuk tekanan cenderung untuk membangkitkan usaha berlebihan dan penerimaan aktiviti yang baru. ( Goldenson, 1970 ).
3. Tekanan ialah suatu yang mempengaruhi gerak balas fisiologi dan tingkah laku terhadap ransangan yang tidak disukai. (Appley dan Trumbull)
4. Suatu tekanan itu sekiranya dianggap positif maka ia akan menjadi positif kerana tekanan adalah sesuatu pekara yang tidak dapat di haling atau di elakkan. Hanya kematian sahaja membolehkan seseorang itu bebas daripada tekanan. ( sayle 1974 )
Jenis dan Faktor Tekanan
Hersey dan Blanchard ( 1983 ) menyatakan 7 jenis tekanan yang mendesak kepada perubahan iaitu paksaan, ganjaran, kepakaran, kuasa sah, personel atau rujukan, kuasa maklumat dan kuasa perhubungan. Sergiovanni menyatakan bahawa faktor yang menyebabkan tekanan untuk perubahan individu dalam sesebuah organisasi ialah faktor personal force, birokrasi, market frame, tahap profesyen , budaya kerja , budaya masyarakat dan unsur-unsur demokrasi. Michael Fullan ( 1998 ) sendiri menegaskan tekanan yang membawa kepada perubahan pendidikan ialah :
1. Tekanan daripada persekitaran yang kompleks
2. Sekolah tidak boleh dipisahkan daripada dunia luar. Sekolah tidak boleh memutuskan komunikasi dengan masyarakat sekelilingnya.
3. Adanya kepelbagaian yang memerlukan lebih banyak flekxibiliti. Dunia ini semakin rencam sifatnya.
4. Kejuruteraan dan teknologi komputer serta teknologi komunikasi telah merobohkan dinding sekolah.
5. Sekolah merupakan harapan terakhir untuk menyelamatkan dan mencipta semula masyarakat.
6. Guru-guru boleh buat daripada membantu ke arah generasi cemerlang di masa hadapan.
7. Pendidikan adalah penting untuk demokrasi. Warganegara yang berpendidikan sebenarya lebih mudah untuk diuruskan.
8. Pertandingan pasaran, pilihan keluarga dan pengurusan individu sendiri.
9. Pekerjaan menanti pelajar. Pendidikan sebagai persiapan atau ilang? mengeluarkan tenaga kerja mahir dan berhemah tinggi. Sungguhpun robot boleh menggantikan tenaga kerja manusia, tetapi manusia lebih kreatif dan mudah diubahsuai.
10. Struktur yang sedia amat bercelaru.
2. Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Pendidikan
Michael Fullan (1998 ) menyatakan secara ringkas faktor yang menekan kepada perubahan dasar pendidikan iaitu :
1. Perubahan semerta dan mendadak yang melibatkan bencana alam semula jadi seperti gempa bumi, banjir, kebuluran dan sebagainya. Faktor kecemasan ini memerlukan perubahan serta merta.
2. Pendidikan dilihat mampu menyelesaikan apa sahaja masalah. Masyarakat mahukan setiap anggotanya bijak menghadapi sebarang risiko dan tidak mahu ketinggalan. Pendidikan menjadi sasaran perubahan terpenting.
3. Tekanan luar yang dibawa masuk seperti pengimportan teknologi baru dan nilai serta penghijrahan penduduk
Contohnya penghijrahan penduduk Eropah ke benua Amerika memerlukan inovasi dalam pendidikan. Nilai pendidikan di Eropah tidak lagi sesuai dengan neraca benua Amerika. Tambahan pula rasa ego menyebabkan norma pendidikan itu perlu berubah. Pertentangan dalaman yang melibatkan kepimpinan teknologi membentuk rangkaian sosial yang baru dan keperluan yang terkini. Perselisihan terjadi antara nilai pendidikan dengan hasil yang diharapkan. Ia melibatkan pertembungan antara pelbagai pihak berkepentingan dan kumpulan.
Harold Koontz dan Heinz Weihrich berpendapat , faktor perubahan pendidikan bertitiktolak dari peningkatan penggunaan komputer khususnya komputer mikro menghendaki guru dan pelajar mempelajari ilmu komputer. Rempuhan dan ledakan maklumat tidak dapat dinafikan. Maklumat berada di hujung jari . Sesiapa yang ketinggalkan menggunakan teknologi maklumat, dia akan ketinggalan jauh di belakang. Negara atau individu yang menguasai teknologi maklumat akan menguasai dunia.
Inovasi pendidikan amat perlu bagi menghadapi dunia tanpa sempadan. Kerja-kerja yang menggunakan tenaga empat kerat semakin kurang kerana kerja-kerja telah diambil alih oleh komputer dan robot. Persediaan untuk dibuang kerja memang ada apabila teknologi semakin meningkat.
Nisbah pekerja yang berpengetahuan akan meningkat. Keperluan kepada pekerja mahir akan berkurangan . Masa depan menghendaki lebih banyak latihan dalam pengetahuan, konsep dan kemahiran merancang. Pertukaran dari industri perkilangan kepada industri perkhidmatan menghendaki latihan semula dalam persediaan untuk menghadapi jawatan baru. Pilihan terhadap peluang pendidikan akan bertambah. Contohnya ,banyak syarikat telahpun menjalan program latihan mereka sendiri. Mungkin akan terdapat kerjasama dan saling bergantung yang lebih besar antara sektor awam dan sektor swasta. Globalisasi akan berterusan . Pengurus dalam berbagai-bagai syarikat mesti belajar untuk berkomunikasi dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Syarikat perlu membuat latihan berpandukan perspektif global.
Tekanan kerja
Setiap organisasi tidak boleh lari daripada tekanan kerja. Tekanan kerja terbahagi kepada dua iaitu tekanan positif dan tekanan negatif. Kesan tekanan kerja akan bertindak sebagai satu dorongan untuk meransang pekerja supaya berprestasi baik ( Jaafar Muhamad, 1997 ). Setiap orang harus menghadapi tekanan perubahan dengan berlapang dada. Anggaplah sesuatu tugas yang diberi itu bukan satu tekanan, sebaliknya sebagai satu tanggungjawab dan amanah kepada anda yang memang hebat. Perasaan diri yang hebat akan membolehkan melaksanakan tugas dengan yakin dan seterusnya meminta keredhaan daripada Allah Taala.


Gaya Hidup
Setiap organisasi perlu mengambil kira faktor gaya hidup. Masa kian berubah dan manusia tidak suka kepada sesuatu yang sama. Antara perubahan dalam gaya hidup ialah corak pekerjaan, status perkahwinan, keselamatan , umur dana lain-lain. Peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor kesihatan adalah disebabkan perubahan gaya hidup. Manusia semakin mementingkan kesihatan. Tambahan pula semakin banyak penyakit baru yang muncul dan gagal dicari ubat penyelesaiannya. Hospital dan klinik swasta tumbuh bagai cendawan. Oleh itu, perubahan pendidikan amat perlu bagi memenuhi tuntutan perubahan dalam pendidikan.
Persaingan
Persaingan wujud di mana-mana dan tidak dapat dielakkan. Setiap organisasi dan individu akan bersaing untuk mendapatkan pelbagai kelebihan. Sekiranya organisasi dapat menewaskan pesaing, bermakna organisasi itu akan dapat keuntungan. Oleh itu setiap organisasi akan cuba mengekalkan daya saing yang ada. Pelbagai kaedah dan perubahan dilaksanakan. Pesaing-pesaing organisasi yang melakukan perubahan dalam teknologi , gaya pengurusan dan struktur organisasi akan mampu mendorong organisasi lain untuk turut berubah dan cuba mengikut strategi pesaing.
Faktor Teknologi
Semua aspek kehidupan melibatkan teknologi.Teknologi ini bermula dari manusia dilahirkan hinggalah manusia dikebumikan. Sejak dalam kandungan ibu, manusia terdedah kepada teknologi perubatan dan teknologi pemakanan. kesihatan anak amat diambil kira. Lantaran itu kelahiran bayi dilakukan di hospital yang mempunyai kepakaran teknologi perubatan . Manusia yang hidup tentulah mahukan kualiti kehidupan yang lebih daripada biasa. Oleh itu manusia membina rumah dengan teknologi perumahan terkini ? lengkap dengan penggunaan reka bentuk rumah 3D dan lanskap yang cantik. Ini tidak termasuk kenderaan yang digunakan dan penggunaan satelit, telefon, intenet dan pelbagai teknologi komunikasi yang lain.

Perubahan dasar politik
Dunia sentiasa bergolak dan bersaing di antara satu negara dengan negara yang lain. Negara-negara maju sering mengenakan nilai mereka kepada negara-negara sedang membangun. Justeru itu perubahan perlu dilakukan bagi mempersiapkan warganegara menghadapi perubahan global ini. Mahu atau tidak mahu, perubahan pendidikan perlu dilakukan agar tidak ketinggalan. Contohnya perubahan dalam dasar bahasa . Seluruh dunia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Hampir seluruh warga dunia menggunakannya. Lantaran itu perubahan dalam dasar bahasa amat perlu. Bidang pertahanan negara juga mengalami perubahan. Negara-negara jiran mempersiapkan diri dengan teknologi senjata yang canggih. Di samping itu negara-negara jiran menjalinkan hubungan erat dengan kuasa-kuasa besar. Oleh itu perubahan pendidikan perlu agar setiap warga siapsiaga dengan keselamatan negara.
Perubahan dalam struktur ekonomi
Tekanan ekonomi dari negara lain akhirnya akan sampai ke negara kita. Serangan mata wang secara global pada tahun 1997 menyebabkan seluruh negara dilanda krisis ekonomi. Penstrukturan semula syarikat, penggabungan syarikat dan pemberhentian pekerja akan berlaku. Perubahan pendidikan perlu menangani semua perkara ini. Sekiranya seluruh rakyat terdidik menghadapi tekanan ekonomi, masalah kegawatan ekonomi negara kurang dirasakan. Dasar-dasar ekonomi ideal seperti Dasar Ekonomi Baru ternyata masih belum membuahkan hasil yang dikehendaki. Apakah punca kesilapan dan kelemahan dan tahap mana yang belum diperbetulkan. Antara agenda yang perlu dirubah ialah pendidikan. Hanya perubahan pendidikan sahaja yang akan menentukan kejayaan sesebuah dasar ekonomi.
Perubahan Pasaran buruh
Tenaga kerja adalah nadi kejayaan sesebuah syarikat dan negara secara keseluruhannya. Negara maju seperti Jepun amat menekankan faktor kemanusiaan. Pekerja adalah aset sebenar sesebuah negara dan bukannya hasil galian atau hasil pertanian. Guna tenaga mahir dan cekap mendapat permintaan yang tinggi. Nisbah guna tenaga mahir dengan sebuah negara perlu seimbang. Semakin ramai tenaga kerja mahir, negara tersebut akan lebih mudah lentur dan mudah melompat untuk maju. Contohnya negara India yang ramai penduduk yang dikatakan ramai lulusan universiti tidak mendapat peluang pekerjaan. Namun pasa masa kini negara india berada di hadapan dalam eran revolusi teknologi maklumat . Ini adalah kerana lulusan universiti yang ramai dimanfaatkan dalam bidang ICT. Kesetiaan pekerja kepada sebuah organisasi juga perlu ditekankan. Jangan mudah lupakan kulit, jangan mudah lupa daratan. Tahap kesetiaan pekerja Jepun menjadi model?negara lain. Keyakinan kepada pekerja akan membolehkan pemindahan teknologi. Faktor utama pemindahan teknologi kurang berkesan di Malaysia adalah kerana faktor pekerja yang selalu berubah tempat kerja. Nilai-nilai baru seperti ini perlu diterapkan dalam pendidikan. Bukan semua nilai-nilai baik di luar itu baik kepada negara kita. Perancangan dan kajian mendalam mestilah dilakukan agar perubahan pendidikan berubah kepada positif dan tidak sebaliknya.
3. Cara Menguruskan Perubahan
Pelbagai cara boleh digunakan untuk menguruskan perubahan terutamanya dalam menangani perubahan dalan organisasi saya. Perubahan boleh dan perlu ditangani dengan cara berikut iaitu :
• Perancang dan penggubal dasar pendidikan mestilah menyokong inovasi dan juga mestilah berfikir secara intergratif.
• Struktur organisasi pendidikan mestilah dijadikan leper. Komunikasi di antara kakitangan menjadi lebih mudah. Tahap atau lapisan struktur yang tidak perlu hendaklah dikeluarkan.
• Komunikasi mestilah di pertingkatkan terutamanya merentas organisasi dan mobiliti staf perlu digalakkan
• Pihak pengurusan pendidikan perlu menonjolkan pencapaian dan kejayaan . Budaya kebanggaan perlu disemai.
• Rancangan perubahan pendidikan perlu dihebahkan lebih awal dan luas untuk membolehkan masyarakat dapat membuat cadangan dan menyumbang sebelum keputusan dibuat.



4. Satu ketegori perubahan dan cara melaksanakanya di Sekolah.
Sepanjang berkhimat sebagai guru selama 3 tahun, saya telah di amanahkan untuk menerajui penubuhan Prasekolah pada tahun pertama melaporkan diri. Bersesuaian dengan permintaan dan perubahan dalam dunia pendidikan global, tahap dan umur murid di pupuk bermula dari umur 4 tahun lagi. Saya sebagai guru ikhtisas Prasekolah, saya jadikan ilmu dan pengalaman yang saya timba semasa belajar sebagai aset utama untuk menubuhkan kelas Prasekolah di sekolah baru saya ini.
Sebagai permulaan memang banyak yang perlu saya lakukan terutamanya perubahan bilik darjah serta cara penyusunan kelas Prasekolah yang sememangnya berbeza dari kelas yang lain. Perubahan dari segi material, tampak dan pengunaan warna memainkan peranan penting untuk menarik, mencipta perasaan penerokaan untuk masuk ke kelas Prasekolah ini.
Perubahan dari segi pemikiran dan persepsi guru-guru dan ibu bapa juga perlu saya titik beratkan, kebanyakan guru-guru kurang jelas dengan kurikulum dan dasar pendidikan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kerana bidang Prasekolah adalah bidang yang masih lagi baru di Malaysia.
Saya mengadakan satu hari terbuka untuk kelas Prasekolah ini. Dalam kesempatan itu saya menjemput dan mempelawa semua guru dan ibu bapa yang terlibat untuk menerangkan cara pelaksanaan dan dasar kerajaan Malaysia dalam bidang Prasekolah di samping mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat.
Selepas perlaksanaan kelas ini, saya sentiasa memgambil masa dan ruang untuk memastikan kelas Prasekolah ini sentiasa berjalan dengan baik mengikut perubahan semasa dan perubahan berdasarkan kehendak kementerian.
Sebagai kesimpulanya, perubahan sentiasa berlaku dari masa ke masa. Perubahan pula terbahagi kepada perubahan baik dan sebaliknya, sebagai guru, saya perlu pandai melihat dan memahami perubahan serta melihat dengan jauh sebelum membawa perubahan untuk diri dan masyarakat. Sebarang perubahan yang dilakukan akan membawa kesan yang besar pada masa hadapan. Kita berada pada tahap sekarang pun kerana kita berubah secara sedar mahupun tidak sedar.
Bibliografi
1. Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan"
2. Ainon Mohd & Abdullah Hassan ( 1994 ) , Teknik Berfikir : Konsep dan Proses , Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
3. Hersey,P. and Blanchard,R.K., ( 1973). Grid Principles and Situationalism : Both. A Response to Blake and Mouton, Group and Organization Studies.
4. Hussein Mahmood ( 1997 ) , Kepimpinan dan Keberkesana Sekolah. DEB Kuala Lumpur.
5. Jaafar Muhamad ( 1997 ) , Kelakuan Organisasi . Leeds Publications. Kuala Lumpur.
6. John Naisbitte & Opatricia Aburdene , ( 1990 ) Megatrends 2000, Avon Books international.
7. Juriah Long dan rakan ( 1992 ). Aliran dalam amalam pendidikam menjelang abad ke 21. Bangi : UKM
8. Kamaruddin Hj Kachar ( 1989 ). Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd.
9. Lee Iacocca , ( 1990 ), Iacocca ?Sebuah Autobigrafi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.





Read More..

Wednesday, April 29, 2009

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR EASTER


PENGENALAN
Wawasan pendidikan negara menjurus untuk melahirkan guru yang bertaraf dunia dan bestari.Oleh itu kurikulum Pengajian Prasekolah ini digubal untuk menyediakan guru prasekolah yang profesional dan berketrampilan bagi menyahut cabaran tersebut.Di samping pemupukan nilai-nilai murni, insan guru yang dilatih perlu beranjak ke arah guru yang mengamalkan budaya berfikir secara kritis,kreatif dan inovatif,serta berliterasi teknologi.Dengan itu guru-guru yang dilatih akan dapat melahirkan generasi yang mampu menempuh cabaran dunia global dan era teknologi maklumat.

Read More..