CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, May 9, 2009

Perubahan dalam dunia pendidikan

Pengenalan
Dalam kepesatan pembangunan Negara, Pemimpin dan rakyat yang maju dan saintifik adalah hasrat utama pembangunan modal insan yang harmorni. Masyarakat yang maju dan saintifik sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik dan tidak ketinggalan dalam segala aspek perubahan globalisasi.

1. Kemajuan pula bererti berubah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Fikiran dan cara masyarakat yang lebih terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif yang dikehendaki.
Di Malaysia agen perubahan utama ialah pendidikan. Pendidikan dan latihan merupakan wahana terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau `world class? akan menentukan kejayaan perubahan insan.( Mohd Najib,1997 ). Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan kerana setiap ilmu dan penemuan akan berubah ke arah penambah baikan setiap masa. Masa dan pelbagai faktor lain menuntut perubahan dalam pendidikan. Perubahan ialah salah satu fakta yang wujud dalam pendidikan. Ada pelbagai faktor luaran dan dalaman yang mendesak dan menekan untuk melakukan perubahan khususnya dalam pendidikan di Malaysia.
Perkara yang pasti akan berlaku untuk setiap organisasi adalah perubahan. Carnall ( 1991 ) Perubahan adalah satu keperluan dan setiap organisasi pasti akan menghadapinya, mahu atau tidak mahu. Perubahan adalah agenda khas dalam pengurusan di alaf baru. Perubahan terpaksa dilakukan kerana wujudnya globalisasi, negara tanpa sempadan, peningkatan teknologi komputer dan internet di hujung jari dan persaingan antara kelompok atau negara semakin meningkat. Pihak yang ingin membuat perubahan secara langsung akan berhadapan dengan pelbagai rintangan . Perubahan yang ingin dilakukan melibatkan pelbagai implikasi positif, implikasi negatif yang dijangka dan tidak dapat diramalkan. Sekiranya perubahan yang ingin dilakukan tidak telus, penolakan dan sabotaj akan terjadi. Pengurusan yang berjaya perlu memahami setiap fungsi organisasi dan melihat bagaimana ianya akan berubah dan kesan sampingan daripada perubahan tersebut. Perancangan perubahan pula melibatkan rekabentuk, operasi, penggunaan teknologi dan pengurusan organisasi itu sendiri.


Definisi
1. Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan ataupun status yang stabil kepada satu pola kelakuan dan status stabil yang lain. Ini bermakna perubahan tidak dapat dielakkan apabila sudah tiba masanya (Carzo dan Yanouzas)
2. Tekanan ialah satu keadaan atau situasi dalaman atau persekitaran yang memerlukan penyesuaian ke atas organisasi. Sebarang bentuk tekanan cenderung untuk membangkitkan usaha berlebihan dan penerimaan aktiviti yang baru. ( Goldenson, 1970 ).
3. Tekanan ialah suatu yang mempengaruhi gerak balas fisiologi dan tingkah laku terhadap ransangan yang tidak disukai. (Appley dan Trumbull)
4. Suatu tekanan itu sekiranya dianggap positif maka ia akan menjadi positif kerana tekanan adalah sesuatu pekara yang tidak dapat di haling atau di elakkan. Hanya kematian sahaja membolehkan seseorang itu bebas daripada tekanan. ( sayle 1974 )
Jenis dan Faktor Tekanan
Hersey dan Blanchard ( 1983 ) menyatakan 7 jenis tekanan yang mendesak kepada perubahan iaitu paksaan, ganjaran, kepakaran, kuasa sah, personel atau rujukan, kuasa maklumat dan kuasa perhubungan. Sergiovanni menyatakan bahawa faktor yang menyebabkan tekanan untuk perubahan individu dalam sesebuah organisasi ialah faktor personal force, birokrasi, market frame, tahap profesyen , budaya kerja , budaya masyarakat dan unsur-unsur demokrasi. Michael Fullan ( 1998 ) sendiri menegaskan tekanan yang membawa kepada perubahan pendidikan ialah :
1. Tekanan daripada persekitaran yang kompleks
2. Sekolah tidak boleh dipisahkan daripada dunia luar. Sekolah tidak boleh memutuskan komunikasi dengan masyarakat sekelilingnya.
3. Adanya kepelbagaian yang memerlukan lebih banyak flekxibiliti. Dunia ini semakin rencam sifatnya.
4. Kejuruteraan dan teknologi komputer serta teknologi komunikasi telah merobohkan dinding sekolah.
5. Sekolah merupakan harapan terakhir untuk menyelamatkan dan mencipta semula masyarakat.
6. Guru-guru boleh buat daripada membantu ke arah generasi cemerlang di masa hadapan.
7. Pendidikan adalah penting untuk demokrasi. Warganegara yang berpendidikan sebenarya lebih mudah untuk diuruskan.
8. Pertandingan pasaran, pilihan keluarga dan pengurusan individu sendiri.
9. Pekerjaan menanti pelajar. Pendidikan sebagai persiapan atau ilang? mengeluarkan tenaga kerja mahir dan berhemah tinggi. Sungguhpun robot boleh menggantikan tenaga kerja manusia, tetapi manusia lebih kreatif dan mudah diubahsuai.
10. Struktur yang sedia amat bercelaru.
2. Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Pendidikan
Michael Fullan (1998 ) menyatakan secara ringkas faktor yang menekan kepada perubahan dasar pendidikan iaitu :
1. Perubahan semerta dan mendadak yang melibatkan bencana alam semula jadi seperti gempa bumi, banjir, kebuluran dan sebagainya. Faktor kecemasan ini memerlukan perubahan serta merta.
2. Pendidikan dilihat mampu menyelesaikan apa sahaja masalah. Masyarakat mahukan setiap anggotanya bijak menghadapi sebarang risiko dan tidak mahu ketinggalan. Pendidikan menjadi sasaran perubahan terpenting.
3. Tekanan luar yang dibawa masuk seperti pengimportan teknologi baru dan nilai serta penghijrahan penduduk
Contohnya penghijrahan penduduk Eropah ke benua Amerika memerlukan inovasi dalam pendidikan. Nilai pendidikan di Eropah tidak lagi sesuai dengan neraca benua Amerika. Tambahan pula rasa ego menyebabkan norma pendidikan itu perlu berubah. Pertentangan dalaman yang melibatkan kepimpinan teknologi membentuk rangkaian sosial yang baru dan keperluan yang terkini. Perselisihan terjadi antara nilai pendidikan dengan hasil yang diharapkan. Ia melibatkan pertembungan antara pelbagai pihak berkepentingan dan kumpulan.
Harold Koontz dan Heinz Weihrich berpendapat , faktor perubahan pendidikan bertitiktolak dari peningkatan penggunaan komputer khususnya komputer mikro menghendaki guru dan pelajar mempelajari ilmu komputer. Rempuhan dan ledakan maklumat tidak dapat dinafikan. Maklumat berada di hujung jari . Sesiapa yang ketinggalkan menggunakan teknologi maklumat, dia akan ketinggalan jauh di belakang. Negara atau individu yang menguasai teknologi maklumat akan menguasai dunia.
Inovasi pendidikan amat perlu bagi menghadapi dunia tanpa sempadan. Kerja-kerja yang menggunakan tenaga empat kerat semakin kurang kerana kerja-kerja telah diambil alih oleh komputer dan robot. Persediaan untuk dibuang kerja memang ada apabila teknologi semakin meningkat.
Nisbah pekerja yang berpengetahuan akan meningkat. Keperluan kepada pekerja mahir akan berkurangan . Masa depan menghendaki lebih banyak latihan dalam pengetahuan, konsep dan kemahiran merancang. Pertukaran dari industri perkilangan kepada industri perkhidmatan menghendaki latihan semula dalam persediaan untuk menghadapi jawatan baru. Pilihan terhadap peluang pendidikan akan bertambah. Contohnya ,banyak syarikat telahpun menjalan program latihan mereka sendiri. Mungkin akan terdapat kerjasama dan saling bergantung yang lebih besar antara sektor awam dan sektor swasta. Globalisasi akan berterusan . Pengurus dalam berbagai-bagai syarikat mesti belajar untuk berkomunikasi dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Syarikat perlu membuat latihan berpandukan perspektif global.
Tekanan kerja
Setiap organisasi tidak boleh lari daripada tekanan kerja. Tekanan kerja terbahagi kepada dua iaitu tekanan positif dan tekanan negatif. Kesan tekanan kerja akan bertindak sebagai satu dorongan untuk meransang pekerja supaya berprestasi baik ( Jaafar Muhamad, 1997 ). Setiap orang harus menghadapi tekanan perubahan dengan berlapang dada. Anggaplah sesuatu tugas yang diberi itu bukan satu tekanan, sebaliknya sebagai satu tanggungjawab dan amanah kepada anda yang memang hebat. Perasaan diri yang hebat akan membolehkan melaksanakan tugas dengan yakin dan seterusnya meminta keredhaan daripada Allah Taala.


Gaya Hidup
Setiap organisasi perlu mengambil kira faktor gaya hidup. Masa kian berubah dan manusia tidak suka kepada sesuatu yang sama. Antara perubahan dalam gaya hidup ialah corak pekerjaan, status perkahwinan, keselamatan , umur dana lain-lain. Peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor kesihatan adalah disebabkan perubahan gaya hidup. Manusia semakin mementingkan kesihatan. Tambahan pula semakin banyak penyakit baru yang muncul dan gagal dicari ubat penyelesaiannya. Hospital dan klinik swasta tumbuh bagai cendawan. Oleh itu, perubahan pendidikan amat perlu bagi memenuhi tuntutan perubahan dalam pendidikan.
Persaingan
Persaingan wujud di mana-mana dan tidak dapat dielakkan. Setiap organisasi dan individu akan bersaing untuk mendapatkan pelbagai kelebihan. Sekiranya organisasi dapat menewaskan pesaing, bermakna organisasi itu akan dapat keuntungan. Oleh itu setiap organisasi akan cuba mengekalkan daya saing yang ada. Pelbagai kaedah dan perubahan dilaksanakan. Pesaing-pesaing organisasi yang melakukan perubahan dalam teknologi , gaya pengurusan dan struktur organisasi akan mampu mendorong organisasi lain untuk turut berubah dan cuba mengikut strategi pesaing.
Faktor Teknologi
Semua aspek kehidupan melibatkan teknologi.Teknologi ini bermula dari manusia dilahirkan hinggalah manusia dikebumikan. Sejak dalam kandungan ibu, manusia terdedah kepada teknologi perubatan dan teknologi pemakanan. kesihatan anak amat diambil kira. Lantaran itu kelahiran bayi dilakukan di hospital yang mempunyai kepakaran teknologi perubatan . Manusia yang hidup tentulah mahukan kualiti kehidupan yang lebih daripada biasa. Oleh itu manusia membina rumah dengan teknologi perumahan terkini ? lengkap dengan penggunaan reka bentuk rumah 3D dan lanskap yang cantik. Ini tidak termasuk kenderaan yang digunakan dan penggunaan satelit, telefon, intenet dan pelbagai teknologi komunikasi yang lain.

Perubahan dasar politik
Dunia sentiasa bergolak dan bersaing di antara satu negara dengan negara yang lain. Negara-negara maju sering mengenakan nilai mereka kepada negara-negara sedang membangun. Justeru itu perubahan perlu dilakukan bagi mempersiapkan warganegara menghadapi perubahan global ini. Mahu atau tidak mahu, perubahan pendidikan perlu dilakukan agar tidak ketinggalan. Contohnya perubahan dalam dasar bahasa . Seluruh dunia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Hampir seluruh warga dunia menggunakannya. Lantaran itu perubahan dalam dasar bahasa amat perlu. Bidang pertahanan negara juga mengalami perubahan. Negara-negara jiran mempersiapkan diri dengan teknologi senjata yang canggih. Di samping itu negara-negara jiran menjalinkan hubungan erat dengan kuasa-kuasa besar. Oleh itu perubahan pendidikan perlu agar setiap warga siapsiaga dengan keselamatan negara.
Perubahan dalam struktur ekonomi
Tekanan ekonomi dari negara lain akhirnya akan sampai ke negara kita. Serangan mata wang secara global pada tahun 1997 menyebabkan seluruh negara dilanda krisis ekonomi. Penstrukturan semula syarikat, penggabungan syarikat dan pemberhentian pekerja akan berlaku. Perubahan pendidikan perlu menangani semua perkara ini. Sekiranya seluruh rakyat terdidik menghadapi tekanan ekonomi, masalah kegawatan ekonomi negara kurang dirasakan. Dasar-dasar ekonomi ideal seperti Dasar Ekonomi Baru ternyata masih belum membuahkan hasil yang dikehendaki. Apakah punca kesilapan dan kelemahan dan tahap mana yang belum diperbetulkan. Antara agenda yang perlu dirubah ialah pendidikan. Hanya perubahan pendidikan sahaja yang akan menentukan kejayaan sesebuah dasar ekonomi.
Perubahan Pasaran buruh
Tenaga kerja adalah nadi kejayaan sesebuah syarikat dan negara secara keseluruhannya. Negara maju seperti Jepun amat menekankan faktor kemanusiaan. Pekerja adalah aset sebenar sesebuah negara dan bukannya hasil galian atau hasil pertanian. Guna tenaga mahir dan cekap mendapat permintaan yang tinggi. Nisbah guna tenaga mahir dengan sebuah negara perlu seimbang. Semakin ramai tenaga kerja mahir, negara tersebut akan lebih mudah lentur dan mudah melompat untuk maju. Contohnya negara India yang ramai penduduk yang dikatakan ramai lulusan universiti tidak mendapat peluang pekerjaan. Namun pasa masa kini negara india berada di hadapan dalam eran revolusi teknologi maklumat . Ini adalah kerana lulusan universiti yang ramai dimanfaatkan dalam bidang ICT. Kesetiaan pekerja kepada sebuah organisasi juga perlu ditekankan. Jangan mudah lupakan kulit, jangan mudah lupa daratan. Tahap kesetiaan pekerja Jepun menjadi model?negara lain. Keyakinan kepada pekerja akan membolehkan pemindahan teknologi. Faktor utama pemindahan teknologi kurang berkesan di Malaysia adalah kerana faktor pekerja yang selalu berubah tempat kerja. Nilai-nilai baru seperti ini perlu diterapkan dalam pendidikan. Bukan semua nilai-nilai baik di luar itu baik kepada negara kita. Perancangan dan kajian mendalam mestilah dilakukan agar perubahan pendidikan berubah kepada positif dan tidak sebaliknya.
3. Cara Menguruskan Perubahan
Pelbagai cara boleh digunakan untuk menguruskan perubahan terutamanya dalam menangani perubahan dalan organisasi saya. Perubahan boleh dan perlu ditangani dengan cara berikut iaitu :
• Perancang dan penggubal dasar pendidikan mestilah menyokong inovasi dan juga mestilah berfikir secara intergratif.
• Struktur organisasi pendidikan mestilah dijadikan leper. Komunikasi di antara kakitangan menjadi lebih mudah. Tahap atau lapisan struktur yang tidak perlu hendaklah dikeluarkan.
• Komunikasi mestilah di pertingkatkan terutamanya merentas organisasi dan mobiliti staf perlu digalakkan
• Pihak pengurusan pendidikan perlu menonjolkan pencapaian dan kejayaan . Budaya kebanggaan perlu disemai.
• Rancangan perubahan pendidikan perlu dihebahkan lebih awal dan luas untuk membolehkan masyarakat dapat membuat cadangan dan menyumbang sebelum keputusan dibuat.



4. Satu ketegori perubahan dan cara melaksanakanya di Sekolah.
Sepanjang berkhimat sebagai guru selama 3 tahun, saya telah di amanahkan untuk menerajui penubuhan Prasekolah pada tahun pertama melaporkan diri. Bersesuaian dengan permintaan dan perubahan dalam dunia pendidikan global, tahap dan umur murid di pupuk bermula dari umur 4 tahun lagi. Saya sebagai guru ikhtisas Prasekolah, saya jadikan ilmu dan pengalaman yang saya timba semasa belajar sebagai aset utama untuk menubuhkan kelas Prasekolah di sekolah baru saya ini.
Sebagai permulaan memang banyak yang perlu saya lakukan terutamanya perubahan bilik darjah serta cara penyusunan kelas Prasekolah yang sememangnya berbeza dari kelas yang lain. Perubahan dari segi material, tampak dan pengunaan warna memainkan peranan penting untuk menarik, mencipta perasaan penerokaan untuk masuk ke kelas Prasekolah ini.
Perubahan dari segi pemikiran dan persepsi guru-guru dan ibu bapa juga perlu saya titik beratkan, kebanyakan guru-guru kurang jelas dengan kurikulum dan dasar pendidikan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia kerana bidang Prasekolah adalah bidang yang masih lagi baru di Malaysia.
Saya mengadakan satu hari terbuka untuk kelas Prasekolah ini. Dalam kesempatan itu saya menjemput dan mempelawa semua guru dan ibu bapa yang terlibat untuk menerangkan cara pelaksanaan dan dasar kerajaan Malaysia dalam bidang Prasekolah di samping mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat.
Selepas perlaksanaan kelas ini, saya sentiasa memgambil masa dan ruang untuk memastikan kelas Prasekolah ini sentiasa berjalan dengan baik mengikut perubahan semasa dan perubahan berdasarkan kehendak kementerian.
Sebagai kesimpulanya, perubahan sentiasa berlaku dari masa ke masa. Perubahan pula terbahagi kepada perubahan baik dan sebaliknya, sebagai guru, saya perlu pandai melihat dan memahami perubahan serta melihat dengan jauh sebelum membawa perubahan untuk diri dan masyarakat. Sebarang perubahan yang dilakukan akan membawa kesan yang besar pada masa hadapan. Kita berada pada tahap sekarang pun kerana kita berubah secara sedar mahupun tidak sedar.
Bibliografi
1. Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan"
2. Ainon Mohd & Abdullah Hassan ( 1994 ) , Teknik Berfikir : Konsep dan Proses , Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
3. Hersey,P. and Blanchard,R.K., ( 1973). Grid Principles and Situationalism : Both. A Response to Blake and Mouton, Group and Organization Studies.
4. Hussein Mahmood ( 1997 ) , Kepimpinan dan Keberkesana Sekolah. DEB Kuala Lumpur.
5. Jaafar Muhamad ( 1997 ) , Kelakuan Organisasi . Leeds Publications. Kuala Lumpur.
6. John Naisbitte & Opatricia Aburdene , ( 1990 ) Megatrends 2000, Avon Books international.
7. Juriah Long dan rakan ( 1992 ). Aliran dalam amalam pendidikam menjelang abad ke 21. Bangi : UKM
8. Kamaruddin Hj Kachar ( 1989 ). Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd.
9. Lee Iacocca , ( 1990 ), Iacocca ?Sebuah Autobigrafi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.